Tolong Derma

Tolong Klik Dan Derma

Thursday, March 25, 2010

Tambah Income Sikit

Ini sy nk kongsikn gan korang sume2...
menjana pendapatan melalui iklan.."geostring"..sama seperti nuffnang jg..cuma berbza ckit je la..
selepas mendaftar $10 akn di kreditkn ke akaun anda..
tp geostring xnk email yahoo..sila dftr gan email selain yahoo k..gmail ker..
kepada yg berminat umtuk mendaftar tu atau ingin mengetahui lebih lanjut  tentang geostring ni....silalah klik iklan di bawah..
p/s:: kepada yag berminat tu sila bg email anda(selain yahoo) dan nama..sy akn invite anda..terhad kepada 7 org..thanks..

Wednesday, March 24, 2010

hari ini..

cte pda hri ni...td sy g amik test java..."slps soaln bocor"(n3 sblm ni)..huhu
dgn keyakinan yang tggi sbb dpt soaln bocor..blh la skor A+ tuk java(dlm kpla)..hehe
tapi malang nya...bla sy tgk soaln tu..fuhh..X SAMA LGSG!....lecturer sy dh tukar soaln..huahuahua....hbs2 la aku(bermonolog dalaman)...tp xper,sy try jg jwb..nsb bek sy ada stdy,x hrp sgt soaln bocor tu..klu x..lingkup gua..
akhr nya dpt jg sy jwb smua soalan tu...xde yg tggl pon...syukur2...pndi jg sy ni yer...hehehe...tp blm tntu btl lg..hahahaha

Monday, March 22, 2010

java java

hr ni aku ada test java..tp aku x p amik..hahaha...suh kwn2 aku amik dlu then aku tau la soalan2 nye...boleh skor ni..^_^V
amcm hebat x idea aku ni..hehehe..bkn nye per,aku bab2 coding ni x past sgt..huhu..sdey2..

Saturday, March 20, 2010

projek oh projek

perghh...ada 3 projek lg x siap ni..mati la aku nk menyiapkn nya..
biasa la lumrah student ni..kompom ada yg malas..hahaha

Friday, March 19, 2010

cuti cuti..

nk p mne cuti hjg mggu ni..huhu..
dok uma je la on9..nka jk awek g date pon xde awek..
dating gan pc je la..hahaha=p

Senyum...

"Bersedekah dengan senyuman lebih baik daripada bersedekah dengan harta kerana bersedekah dengan senyum, manusia tidak terasa terhutang apa-apa dan tidak pula terasa dihina"

Hari Jumaat??

blog,blog jg tp jgn lupa solat jummaat...wajib tuu..hehe

tenet oh tenet..

pergh..5 hari xde tenet...sowi kengkawan yer...huhu

Sunday, March 14, 2010

Proposal Oh Proposal..

apsal la aku mls ni..proposal kejuruteraan perisian x buat lg...huhu
hr ni aku nk bt..chaiyok..!

Saturday, March 13, 2010

Muet..oh...Muet

bagaimana nk skor muet ni??
ada sesape yg leh tlg....

futsal...




bermain futsal bersam geng2 rumah ku...hehe

badminton...

ptg ni..kte g men badminton yer...
bgs tuk kesihatan...senaman sihat,tubuh sihat,jiwa sihat...
yang penting...hati kena SIHAT....jg la hati:)

jom jammiing...hehehe


HOW TO CHECK YOUR JPJ/POLICE TRAFFIC SUMMONS? – CHECK JPJ/PDRM SUMMONS ONLINE/SMS.

Below are some links that you can try.

Official PDRM/JPJ
http://www.jpj.gov.my/blacklist/index.shtml

MyEG Service
http://www.myeg.com.my/

Friday, March 12, 2010

"Aku Dan Teman KU"



hahaha...ini la kegiatan bersama rakan2 ku...
saper yang paling hensem kat cni?hihihi:P

Dalang 9/11 'dilemaskan' 160 kali







Bekas ketua agensi perisik Britain tuduh AS sorok penderaan suspek keganasan

LONDON: Dalang serangan 9/11 di Amerika Syarikat, Khalid Sheikh Mohammed dikenakan teknik 'waterboarding' atau 'dilemaskan' sebanyak 160 kali.

Pada masa sama, Amerika menyembunyikan dasar mendera suspek keganasan daripada pengetahuan umum, kata bekas Ketua Agensi Perisikan Britain MI5, Baroness Eliza Manningham-Buller yang bersara pada 2007.
“Mereka sedaya upaya cuba menyembunyikannya (penderaan) daripada kita,” katanya dalam ucapan kepada Kumpulan Mile End di Dewan Lords, kelmarin.Manningham-Buller berkata, beliau tertanya-tanya bagaimana Amerika mampu mendapat maklumat daripada Khalid.
“Saya bertanya kepada pegawai, mengapa dia (Khalid) memberi maklumat kerana berdasarkan pengalaman kami dengan tahanan gerila Ireland, mereka tidak akan bercakap.

“Khalid memberitahu perisik Amerika bahawa dia bangga dengan apa yang berlaku atas rancangannya.

“Hanya selepas saya bersara baru saya mengetahui bahawa dia (Khalid) ‘dilemaskan’ sebanyak 160 kali,” katanya lagi.
"Mereka sedaya upaya cuba menyembunyikan penderaan daripada kita”

Baroness Eliza Manningham-Buller
Ketua Agensi Perisikan Britain
Manningham-Buller membuat pendedahan itu selepas kontroversi meletus berhubung dakwaan ejen perisikan Britain bekerjasama dengan rakan mereka dari Amerika bagi mendera suspek pengganas.

Isu itu terbongkar bulan lalu selepas seorang bekas tahanan pusat tahanan Guantanamo dari Britain, Binyam Mohamed mendedahkan butir-butir penderaan terhadapnya sambil menyifatkannya sebagai kejam, tidak berperikemanusiaan dan menghina maruahnya.

Bekas ketua MI5 itu sempat berseloroh dengan mengatakan anggota pentadbiran Presiden George W Bush termasuk Naib Presiden Dick Cheney dan Setiausaha Pertahanan, Donald Rumsfeld, mungkin mendapat inspirasi keterlaluan itu menerusi drama televisyen 24.

“Sesuatu yang malang ialah Cheney, Rumsfeld dan Bush menonton rancangan 24 yang mengisahkan pengalaman ejen antikeganasan yang dilakonkan oleh Kiefer Sutherland.

'Aurah' Muslimah

Persepsi pereka penuhi ilham cipta pakaian ikut syariat

TUJUAN wanita diperintahkan Allah wajib menutup aurat ialah membezakan dengan haiwan; supaya wanita tidak disakiti; sebagai tanda atau seperti uniform kepada penganut Islam dan menandakan profesionalisme dalam sistem pemakaian Islam.

Sejak beberapa selebriti di negara ini dilihat gemar mengenakan selendang, gayanya sebegitu semakin menjadi ikutan ramai wanita. Mungkin segelintir memikirkan ia fesyen, tetapi hakikatnya cara pemakaian sebegitu tidak sempurna. Mungkin ingin melihat diri secantik si empunya diri, tetapi hakikatnya ia tidak menepati syariat dalam menutup aurat sebenar.
Lantaran terlalu kerap menyaksikan wanita bergaya sedemikian, tidak banyak sedikit pasti ada berkenan lalu mengikutnya, malangnya ia tidak lebih daripada perbuatan sia-sia apabila anak tudung ditinggalkan, sebaliknya rambut ditutup selendang yang tetap menampakkan sebahagian rambut. Ada juga wanita yang gemar mengenakan tudung, tetapi hanya ke pejabat, sedangkan aurat perlu diteruskan walaupun berada di luar rumah seperti menyidai pakaian atau ke kedai runcit berhampiran rumah.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di negara ini apabila ramai bertudung, tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat.

Aurat berasal daripada daripada perkataan bahasa Arab bererti 'Aurah' yang bererti kurang. Di dalam fiqh, pula ertinya sebagai bahagian tubuh seseorang yang wajib ditutupi daripada pandangan orang lain. Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib.

Pereka Indonesia, Ida Royani, berkata untuk memenuhi syarat menutup aurat, ciri-ciri pakaian berkenaan termasuklah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, longgar; tidak jarang dan tidak menyerupai lelaki.
“Jumhur ulama bersepakat mengatakan aurat bagi wanita baligh ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan. Oleh itu, mereka wajib menutup aurat daripada dilihat oleh lelaki ajnabi atau bukan mahram.

“Allah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud: ‘Dan hendaklah mereka (wanita) menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka’. Firman Allah lagi yang bermaksud: ‘Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (ketika mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’ (Surah al-Ahzab, ayat 59). Ayat itu Allah memerintahkan supaya Nabi Muhammad SAW menyuruh isteri Baginda mengenakan pakaian yang menutup aurat . Suruhan itu juga ditujukan kepada semua wanita beriman,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Ida yang hampir dua dekad terbabit menghasilkan pakaian Muslimah berkata, walaupun ingin bergaya, bagi wanita menutup aurat adalah penting bagi mereka menjaga adab dalam berpakaian.

“Tujuan utama wanita diwajibkan menutup aurat ialah untuk mengelakkan daripada lelaki ajnabi melihat tubuh badannya dan mengelakkan daripada berlakunya fitnah. Oleh itu, pakaian yang ketat walaupun tebal sudah pasti akan menampakkan bentuk tubuh badan. Wanita yang memakai pakaian ketat walaupun menutupi seluruh tubuh masih belum memenuhi tuntutan menutup aurat seperti dikehendaki syarak,” katanya.

Tegasnya, dalam mereka pakaian Muslimah, pereka tidak boleh syok sendiri sebaliknya mementingkan aspek aurat seperti tidak terlalu ketat dan jarang. Umpamanya, sekiranya menggunakan produk seperti sutera tidak salah menambah bahagian dalam.

“Perlu bagi pereka mendidik pengguna dengan menghasilkan pakaian sebaiknya. Walaupun pelanggan bebas memilih, hakikatnya apabila kita mengeluarkan banyak pakaian berbentuk Muslimah, maka secara tidak langsung kita mendorong pelanggan meminati pakaian menutup aurat, seperti Indonesia yang sudah pun menjadi kiblat pakaian Muslimah,” katanya.

Bagi pereka Calvin Thoo pula, pakaian Muslimah ‘boleh jual’ dengan mudah kerana selain tumpuan warga tempatan, ibu kota tetap menjadi pilihan pelancong beragama Islam dari Brunei, Indonesia dan Asia Barat.

“Takkan lah saya menghasilkan pakaian yang terlalu jarang dan tidak menepati kehendak aurat itu. Sejak membabitkan diri dalam mereka busana Muslimah, saya kerap membaca malah bertanya kepada orang-orang Islam mengenai pakaian yang sesuai. Kalau menghasilkan helaian yang agak tebal dan bertingkat-tingkat, saya pastikan menggunakan fabrik sejuk. Sementara kalau agak jarang, saya sarankan kepada mereka menggunakan kain dalam atau ‘inner’,” katanya.

Thoo, berkata menutup aurat juga boleh menyerlahkan gaya seorang wanita. Mengambil contoh potongan longgar dan lengan kembung yang tetap diminati, menjadi pilihan kerana ia menutup aurat, lantaran bercerut pada hujung pergelangan tangan.

Sementara pemilik Beautiful Abaya, Haliah Abdul Hamid, selesa menjual abaya. Katanya, pemakaian abaya antara cara terbaik memelihara aurat wanita ia mempunyai potongan longgar dan tidak jarang.

“Saya mengimport abaya dari Asia Barat. Walaupun di sana mereka gemar memakai baju berwarna hitam, untuk disesuaikan dengan selera tempatan, ada juga abaya didatangkan dalam warna menarik kerana wanita di sini rata-rata memang gemarkan pakaian berwarna, selain hitam semata-mata,” katanya.

Satu kelebihan menggayakan abaya apabila wanita tidak perlu terlalu berlebih-lebihan dalam mengenakan padanan aksesori.

Pakaian wanita menutup aurat mestilah memenuhi ciri disebutkan walau di mana mereka berada. Berdasarkan syarat itu juga dapat kita ukur sejauh mana wanita Muslimah sudah menutup aurat atau hanya bertudung saja seperti fenomena di Malaysia apabila ramai bertudung, tetapi memakai pakaian tidak menepati syariat. Ia adalah fenomena pemakaian tudung kerana fesyen, ikut-ikutan, paksaan ataupun berdasarkan kejahilan dan bukan ilmu Islam sebenar.

INFO: Salah faham mengenai aurat


* Aurat itu adalah memakai tudung saja justeru mengenakan kemeja T berlengan pendek dibenarkan.
* Memakai tudung, tetapi kain belah, sendat atau terlalu nipis hingga menyerlahkan bahagian tertentu tubuh badan.
* Bertudung, tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
* Bertudung, tetapi hanya memakainya di pejabat saja, tidak di sekitar rumah atau kawasan rekreasi.
* Menampakkan bahagian dadanya daripada ditutupi kain tudung.
* Tudung yang amat nipis sehingga boleh dilihat rambut, leher, tengkuk dan dadanya.
* Pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya.
* Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Salam perkenalan............


haa..ini 1st time sy bt blog...so klu ada sape2 yg baik aty tu..ajr2 kn la sy ye:P
sy nk buat blog